Welcome To My World.. !
Showing posts with label All About Life. Show all posts
Showing posts with label All About Life. Show all posts

Wednesday, 4 April 2012

Maafkan Aku, Airmata..

Assalamualaikum..



hai, hope so korang yang baca post ni semuanya dalam sihat dan baik-baik saja.. macam biasa, aku takde benda nak post selain berkongsi apa yang aku rasa.. maaflah, aku tak pandai untuk berbicara.. aku tak sehat kebelakangan ni.. mungkin aku terlalu stress.. hidung aku berdarah semula aritu.. lepas tu aku rasa pitam sangat.. entahlah.. kalau betul, mungkin akan tiba masa untuk aku nanti.. tapi, sebelum tu aku harap sangat aku dapat tengok dia dapat balik menunaikan ibadatnya dengan sempurna..


aku akan tetap tunggu dia.. iya, aku tahu.. dia akan cakap dia takkan berubah.. tapi, aku tahu kata-kata tu cuma untuk menguatkan aku.. hakikatnya, aku sedar.. suatu hari nanti mungkin dia dan aku tak kungkin bersama lagi.. aku akan mendoakan kebahagiaan kau, bersama orang yang kau sayang kelak.. InsyaAllah.. saat kau bahagia nanti, mungkin aku.... hmm.. takde ape lah.. aku cuba untuk kawal perasaan aku.. tapi, kenapa susah sangat? kenapa mesti Allah temukan aku dengan kau?


aku menghabiskan masa aku dengan menangis sendiri dalam bilik.. sampaikan penglihatan aku kini kabur dah.. mungkin jugak sbb effect dari accident dulu yang terhantuk kat kepala.. janganlah kau khuatir tentang aku.. aku akan jaga diri aku untuk kau.. selamat menjalani ibadah.. maafkan aku selama perkenalanan kita, kalau aku ade buat salah dengan kau.. aku tahu, aku selalu marah kau.. aku mungkin tak mampu berikan kebahagiaan pada engkau.. aku sedar dari dulu lagi, aku sedar dari ex aku yang lepas lagi.. entahlah.. aku takkan pernah putus doa untuk kau.. jaga diri dekat sana.. aku taknak post byak lagi.. aku terlalu sedih.. sampaikan menitis aku tulis post ni.. maafkan aku untuk airmata ni.. :'(



harini hari jadi anak buah aku, Zulfikri Azahari.. selamat hari lahir sayang, semoga Allah merahmati hidup kamu.. maafkan pakcik sebab tak dapat belikan hadiah yang mahal.. InsyaAllah pakcik belikan sepasang baju untuk adik.. pakcik nanti belikan ye? yee.. pakcik tau arini ari jadi adik.. tunggu ye.. menangis sekejap bila dia IM cam tu tadi.. :')


*walaupun tiap kali aku ucapkan, "I love you.." sejuta kali namun aku tak pernah bosan.. wlaupun sekali kau tak balas semula, tapi aku tau kau sayangkan aku..

Monday, 2 April 2012

Allah Menguji Saya




lagu yang saya update ni, lagu ni lagu kesukaan saya.. saya tak tujukan pada sesiapa.. sebab belum tentu kamu dapat tangkap maksud mesej lagu yang disampaikan.. today, aku taknak kata banyak.. aku cuma rasa mcam, entahlah.. sometimes, why semua ni berlaku pada aku? kenapa Tuhan menguji aku sebegini? anyway, aku dah nak dekat dua minggu menangis tiap-tiap ari.. mata aku sekarang dah kabur.. tak tahu kenapa... baru-baru ni aku accident.. and aku tak tahu kenapa lepas dua hari aku accident tu kepala aku rasa sakit sangat.. semalam, sebelum aku ambik zara dekat Medan Gopeng, hidung aku keluar darah dengan banyak.. aku terkejut kenapa banyak macam tu.. arini, aku rasa tak bermaya.. aku lemah sangat.. aku taknak susahkan sesiapa.. dan aku taknak orang risaukan aku.. aku bukanlah sesiapa pada mereka.. selamat jalan aku ucapkan untuk kau yang akan berangkat ke tanah suci on Thursday nanti.. aku mendoakan agar selamat jalan dan selamat sampai di sana.. jaga diri kau dekat sana.. misal aku dah takda lagi dekat dunia melihat keindahan ciptaan-Nya, doakanlah aku kerana aku sentiasa menagih doa dari kau.. :'(


salam..

Monday, 26 March 2012

Awak.. Awak Nak Kawan Dengan Saya?




sambil makan pisang goreng layan cerita ni.. alalala.. comel sangat cerita ni.. ngah tunggu video ni buffering.. hahaha.. neway, kerja banyak nak kene uat.. OSHA and esok ade test OSHA.. test Programming! God..! kenapa esok hari yang sangat sangat memenatkan yeah? damn.. :'(

Sunday, 25 March 2012

I Will Miss You

Assalamualaikum.. 

Today, early on da morning, aku bangun agak awal pada hari Ahad.. selalu pukul 2 petang baru bangun, tapi tadi bangun pukul 8 pagi.. hurmm.. ceritanya nak jumpa dia.. but, berkali mesej tapi tak berbalas.. maybe dia tidur sebab semalam dia berjaga sampai pukul 4 pagi.. kesian jugak dekat dia sebab dia nak balik dah harini.. perjalanan dia dari Ipoh singgah Kuala Lumpur then terus balik Johor.. dia amik bas naik dari Klang Sentral balik ke Johor on 8PM tadi.. hurmm.. terasa dia dah jauh, hati tetap rindu.. Tuhan je yang tahu betapa besarnya hati ini untuk dia.. then dia ade mesej, dia kata ;


"Salam.. syg, b nak mnx maaf ea klu tekasar bhasa n sakitkan hati syg.tq psal smlam.mmg best sgt klua smlm.tq jgk coz trust me.b xjanji kita akan bahagia but I'll try to give the best for you.sori xdpt jumpa today coz family b na gerakg KL dah..next time kita akan jumpa lg klu ada jodoh.k.b syg,syg..muahx"


teringat 1st time dia request, "boleh tk klau aku panggil kau b?".. tak kesah pun.. aku biasa.. nyway aku tak luper masa 1st time jumpa.. kita dah nak 5 tahun kenal.. thanks tau, suka kau puji aku ni sweet la, comel la, baik la.. mana ade.. aku biasa je.. occay? pape pun, aku mendoakan perjalanan kau selamat pergi selamat sampai.. InsyaAllah kalau ada masa kita bertemu lagi okey? study kat sana rerajin.. aku kat sini sentiasa tunggu kau.. maaflah, aku tak rajin sangat nak update blog.. but aku akan try untuk sentiasa update..



Terima Kasih Azliana Samah

 Assalamualaikum..


hyep, ni gamba dekat bawah ni salah seorang dari BFF saya.. saat saya susah tersepit macam hanj dia la selalu ada untuk tolong saya.. gamba ni masa sem 1.. kiteorang kenal pun, entah biler.. masa berlalu begitu pantas.. but, dia okei dengan saya.. :)



jutaan terima kasih sangat dekat beliau sebab sanggup berhabis wang ringget untuk hadiah ni.. untuk pengetahuan, harini baru aku bukak hadiah kau Az.. terharu sangat.. InsyaAllah, Allah akan murahkan rezeki kau.. and nanti masa bufday kau aku ade sesuatu nak kasi.. yang penting, aku dah nak kasi lama dah dari dulu.. 

Even In Fairy Tales, The Happy Ending Takes Place on The Last Page

Asslamualaikum,
today aku rasa cam betul ke apa yang aku nampak? yeah.. dia depan mata aku.. dia pernah kata, dia nanti nak balik Ipoh nak jumpa aku nak kasi hadiah.. hadiah sempena hari jadi aku yang ke-19.. neway, aku tak mengharapkan hadiah, cukup sekadar ucapan sudah memadai.. 

dia dari Johor pukul 11PM on Friday.. sampai Ipoh confirm la 5AM on Saturday.. mula-mula ingat nak fetch dia.. but, masa dia call aku tertido.. malam tu aku tak sehat sebab aku batuk plus with flu.. jadi aku telan je la ubat batuk tu.. adehh.. last kali dia kata ayah dia amik, so aku pun tak dapat nak buat ape, sebab dia kata mak dia memang tak kasi aku jemput.. sokey, yang penting dia selamat sampai rumah..

on 11AM tu dia ajak keluar, but masa tu aku baru bebenor bangun dari tido.. pukui 10.30AM aku bangun terus g sepak mesin basuh nak basuh baju.. masham! then 12PM dia sampai.. perut kebuluq ni bhai! hahaha... memula kami ke Ipoh Parade, katanya nak cari kasut Everlast, aku pun temankan je la.. neway aku jeles sebab kasut dia cantekk.. aku nak.. huhuu.. tapi nanti aku nak beli satu kasut yang aku nampak kat OverKills tadi.. then, last kali makan dekat KFC Jusco Kinta City.. mula-mula nak makan McDonald's masa tu.. but, lalu depan fast food restaurant tu melahar aku.. teringat masa memula makan KFC ngan dia dekat TBS masa tu.. hidangan yang sama macam hari tu, tapi air aku je yang lain.. >__<

kau suka ape? aku belikan kau sesuatu sebagai hadiah hari jadi kau nak? :)
Ni ha, tujuan dia ajak pergi JJ Kinta City pun sebab nak cari Padini.. masa tu dia tanya aku, aku suka pakai baju ape.. aku cakap je la aku suka Giordano, Padini ngan FOS.. any pun tak kesah.. hairan kejap masa tu.. kenapa dia soalkan benda tu.. then, dia suruh aku pilih satu baju.. pada awalnya, aku malu, aku segan.. sebab kalau nak hadiahkan kat aku, kene la dia pilihkan.. hahaha.. at last, aku pilih baju Polo ni.. aku tak pernah ade baju color purple.. so aku decide aku nak baju ni, and dia pun ade baju yang ade color purple.. comel je.. 

Ni la cincin nyer..! biasa, simple but bermakna untuk aku.. Thanks.. :)

Luper..! masa dekat parade lepas dia beli kasut tadi, dia nampak kedai cincin.. aku pun, cam hairan, kenapa nak beli cincin? 

Dia : "kita beli cincin nak?"
Aku : "untuk ape? sakai naw.."
Dia : "tanda kau dengan aku lah.."

aku faham kenapa dia suruh beli cincin tu.. walaupun tak mahal, takde lah secantik mana, but aku hargai sangat.. yeah, aku dah lama tak pakai cincin.. last pakai cincin pun masa tu 2 tahun lepas kot.. for me, murah mahal, tu semua last skali.. yang penting niat dalam hati ikhlas.. 

**aku dapat pakai cincin ni masa dekat rumah je, dekat luar.. dalam campus, masa solat, mandi makan aku terpaksa tanggalkan dulu tau..

esok, 25hb March dia dah balik Johor.. aku akan rindukan dia.. :'(

Sunday, 18 March 2012

When I Was 9teen.. :')


Assalamualaikum, tak jawab dosa, kalau jawab sayang..

today, umur I dah masuk 19teen! yeay! so i boleh la tengok adengan sensor xxx.. nak main romen-romen.. #eh

hahaha.. naaa, just kidding.. on my bufday, terlalu ramai wish on BBM, Facebook, txt msg and Facebook.. btw, thanks sangat pada mereka yang wish.. and pada mereka yang tak wish jangan harap aku akan wish.. hahaha..



Here I ade beli kek.. malam tu jugak i bergegas cari beli kek.. yela, kedai baked cake mana je la bukak pkul 10.30 malam nieyh.. aku pong satu, kenapa tak je cari pukui 3 pagi nanti.. haha.. I sempat beli BlueBerry CheeseCake dekat Starbuck purchase RM10.50 untuk sepotong ni je..! =..="

I nak try kek Red Velvet tu.. maybe next time.. I sambut my bufday alone on that nite, but I bersyukur ke hadrat Illahi kerana I masih lagi dapat bernafas dan dapat menikmati dunia yang indah penuh dengan pancaroba dan lakonan manusia di pentas dunia..

amiinn.. 

Harapan : I wish that I can keep move on my track.. I nak keep my pointer 3.5 above till Semester 6.. maybe it not easy, but i will try to get 3.5 above.. and Mak, maafkan alak sebab tak dapat balik.. :'(

**I tak mampu nak beli kek besar nak share untuk semua.. so, korang tgok gamba nie korang amik la selera je ea? <3

Twitter : @AlakTedder

Saturday, 17 March 2012

Festival Bulan Kesenian Islam 2012 ( POLYMIC '12 ) Politeknik Premier Ungku Omar

Assalamualaikum...

I just nak say thanks pada mereka yang support I masa pertandingan nasyid aritu.. fyi, I dapat tempat ketiga.. Tapi kenapa ketiga? Sebab I tak sehat on that day and I tak pakai baju melayu.. so I kene tolak markah.. Ni I include kan video I nyanyi.. Sorry la kalau korang terpaksa sengetkan lappy korang kalau nak tgok video ni.. enjoy yeah! pape pun, syukur ke hadrat Illahi dapat tempat ketiga.. :)


Time Table Final Exam December 2011 Session

Monday (23 April 2012)
8.30 AM - 10.30 AM
FN211 Network Fundamentals

Monday (23 April 2012)
11.15 AM - 1.15 PM
BA102 Mathematic

Tuesday ( 24 April 2012)
2.30 PM - 4.30 PM
FP203 Computer Organisation

Thursday ( 26 April 2012 )
2.30 PM - 4.30 PM
FP202 Fundamentals Of OS

Thursday (3 May 03 2012)
8.30 AM - 10.30 AM
BA202 Discrete Math

Thursday ( 3 May 2012)
11.15 AM - 1.15 PM
FP201 Programming Fundamentals

** God.. Biler aku tengok jadual final ni seram seriau aku.. On 3 May tu tak tahan.. Dua-dua killer subject.. pape pun, wish me luck yeah sayang! :)

Disebalik Warna Kepada Lelaki

Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan dia begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal.

Merah
Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan.

Merah Jambu
Ia adalah gabungan warna merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan kerana itu lelaki yang gemar warna ini, biasanya berjiwa lembut dan penuh kasih saying yakni romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren
Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.

Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarikan intelektual dalam pelbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi sesetengah orang ia dianggap warna yang memaksa. Ada juga yang mengaitkan kuning dengan sifat pengecut.

Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

Coklat
Ia tanda pengasih, dan mempunyai prospek masa depan. Lelaki yang gemarkan warna ini juga dikatakan seorang yang berjimat cermat ketika membelanjakan wangnya. Sehinggakan ada masanya, lelaki ini dikatakan berkira dan kedekut untuk mengeluarkan setiap wang ringgitnya. Jadi, tidak hairanlah jika mereka ini mempunyai simpanan yang banyak.


Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu. Lelaki yang gemarkan warna ini juga juga dikatakan tidak banyak bercakap.

Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

* so kalau nampak boyfriend korang suka pakai baju kaler ape or dia suka kaler ape, tanya la kenapa dia mesti pilih kaler tu.. :)


Realiti Mencari Identiti Kehidupan

Mubarak Abu Mansor, seorang anak lelaki jati yang berasal dari Gemas yang terletak di Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan 18hb Mar 1993 pada jam 3.45 pagi. Kelahiran beliau disambut dengan rasa rahmat, Abu Mansor Haji Zubir, ayahanda tercinta tersenyum lebar apabila ister tercinta, Zainah Sarkawi telah selamat melahir kan seorang putera yang memberikan sinaran kehidupan pada mereka. Kelahiran beliau seolah-olah membawa sebuah kehidupan yang membawa erti sepanjang hidup mereka. Maka, diberikanlah nama putera tersebut Mubarak sempena bulan yang merahmati umat Islam pada masa itu, ia itu bulan Ramadhan al-Mubarak. Bermulalah perjalanan seorang putera yang cekal, melihat dunia yang indah ciptaan-Nya. Berasa bersyukur kerana dikurniakan pancaindera yang sempurna dan dapat hidup dengan penuh kesederhanaan.

Anak bongsu daripada sembilan adik beradik ini membuatkan dia inginkan menjadi terbaik dari kalangan mereka. Kulit yang halus, gebu, putih dan manis senyumannya membuatkan hati si ibu rasa tenteram aman sekali. Sejak itu, si ibu tidak pernah mengabaikan anaknya, meski terjaga ataupun sedang tidur. 

Alangkah bersyukurnya pada Allah SWT kerana mengurniakan ibu yang menyayangi diri beliau dengan penuh kasih sayang seperi menatang minyak yang penuh. 

Siang menahan sakit kedengaran tangisan, malam berjaga sakit melindungi anak yang tersayang dari sakit gigitan nyamuk. Namun, tabah seorang ibu tidak mampu dinilaikan dengan harga mahupun emas atau berlian. Betapa cekalnya hati si ibu. Tidak seperti era kini, ibu yang tidak bertanggungjawab sehinggakan sanggup membunuh bayi mereka sendiri. Apakah kita akan kembali semula ke zaman Jahiliah dimana perempuan di anggap sebagai sial dan tidak bermaruah, jenayah dan dosa sentiasa berlaku di sekeliling, apakah ini yang kita mahukan? Syukurlah kerana kita masih lagi dapat bernafas dan menikmati alam yang fana serba indah ini. Besar sungguh pengorbanan seorang ibu. 

Ayah, itulah gelaran yang diberi sebagai ketua dalam keluarga. Berat tanggungjawabnya. Namun, dengan tulang empat keratnya, si ayah tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya untuk mendidik dan menjaga keluarganya. Si ayah merupakan seorang yang kuat, tabah dan sabar dalam semua ujian yang menimpa. Ayah bekerja dengan menorah getah, hasil titik peluhnya, beliau dapat menyara kehidupan keluarganya. 

Mubarak telah berusia 12 tahun, alangkah sayunya hati apabila ayahanda yang tercinta pergi meninggalkan yang tersayang buat selama-lamanya.  Suasana sepi membelenggu keluarga Abu Mansor. Sunyi dan sepi. Pada malam itu, bertemankan angin dan berselimutkan embun pagi dingin. Sebuah kehilangan yang besar amat dirasai oleh semua penduduk kampong, kerana beliau seorang yang pemurah, baik hati dan saling membantu rakyat sama ada senang mahupun susah.

Usia Mubarak telah meningkat dewasa dan bertambah segak. Betapa tabah dan cekalnya hati seorang remaja ini meneruskan kehidupan demi membahagiakan ibunya. Mubarak telah dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas. Pada masa itu, Mubarak seorang yang aktif dalam bidang seni suara dan suka membantu rakan mahupun gurunya kala memerlukan bantuan. 

Mubarak sangat dikenali ramai di Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas. Pada tahun 2008, Mubarak berada di Tingakatan Tiga. Mubarak makin lama makin khayal dalam dunia percintaan sehinggakan dia alpa dan lupa akan apa yang dia azamlan sebelum ini. Oleh itu, keputusan Penilaian Menegah Rendah ( PMR ) Mubarak sangat tidak membanggakan ibunya. Hanya mendapat 3A dan 5B dalam subjek yang dipelajarinya. Namun, Mubarak tidak sedar akan pelajarannya semakin merudum jatuh. 

Pada suatu hari, Mubarak telah ditimpa kemalangan yang teruk. Pada masa itu, Mubarak bertarung dengan nyawanya untuk hidup. Ibu yang tercinta menangis, ketakutan akan kehilangan anak yang disayanginya itu. Kemalangan Mubarak berlaku pada 26 Disember 2009 akibat berlanggar dengan kereta. Dengan berkat doa seorang ibu, Mubarak masih hidup sehingga ke hari ini. 

Mubarak bersyukur dan mula berubah menjadi seorang anak yang dekat dengan agama. Namun, itu semua tidak berkekal lama apabila hadir seseorang dalam hidup Mubarak. Mubarak sekali lagi hanyut dibuai asamara CINTA. Namun, Mubarak mulai sedar akan apa yang terjadi apabila orang yang dicintainya cuba mencari alas an untuk meninggalkannya. Dari situ, Mubarak mula fikirkan lebih tentang kehidupan dan pembelajaran. Mubarak sedar, dan mula bangkit dari jatuh. 

Mubarak terus berusaha untuk menebus semula salah silapnya terhadap ibunya. Akan tetapi, keputusan Sijil Penilaian Malaysia telah membuat hati ibunya terluka. Namun, ibunya bersyukur dengan kuptusan yang diperoleh oleh Mubarak. Mubarak redha akan kesilapannya itu. Mubarak mula menyesal. 

Pada masa itu, sudah terlewat untuk Mubarak menyesal kerana nasi telah menjadi bubur. Apakan daya, Mubarak hanya mampu fikirkan tentang masa depannya. Mubarak bercita-cita ingin menjadi seorang pendidik, supaya para anak bangsa tidak akan terikut sikap Mubarak yang alpa dahulunya. Mubarak ingin menyambung pengajiannya di Institut Pengajian Tinggi Awam akan tetapi, rezeki tidak menyebelahinya. Mubarak tidak mendapat peluang meneruskan pengajiannya dia IPTA. 

Sementara menunggu keputusan panggilan Politeknik, Mubarak telah bekerja di sebuah restoran western food di McDonalds Bandar Baru Bangi yang dimiliki oleh Golden Arches Sdn Bhd. Di situlah Mubarak mula pelajari erti kehidupan yang sebenar. Mencari hasil pendapatan untuk meneruskan hidup. Dengan gaji yang sedikit serta bekerja dialayan sebagai kuli hamba yang hina. 

Tapi Mubarak seorang yang periang dan tabah, setiap hari beliau ceriakan harinya dengan senyuman yang ikhlas pada rakan sekerja. Mereka turut tersenyum dan mereka turut gembira dengan Mubarak. Mubarak seorang yang baik, murah dengan senyuman dan juga seorang yang ceria. Siapa yang mendampinginya, sudah tentu hari-hari mereka akan dipenuhi dengan gelak tawa. 
Mubarak juga seorang yang pendengar yang baik dan suka member pandangan kepada mereka yang menghadapi masalah. 


Malah, Mubarak sanggup mengorbankan apa sahaja yang dia miliki. Tidak berkira sama ada wang atau harta benda, asalkan dia dapat membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Namun begitu, kehidupan manusia pada masa kini sukar untuk kita tafsirkan. Bermacam kerenah manusia. Bak kata ibu, “ rambut kita sama hitam, tapi hati kita semuanya lain-lain “. Betul kata ibu. Manusia kini suka mempergunakan Mubarak, tanpa rasa ehsan sedikit pun, Mubarak dilayan seperti binatang. Mubarak seolah-olah tidak pernah dihargai oelh orang yang mendampinginya. Malah, Mubarak selalu dicerca dan dicaci. 

Alangkah bagusnya jika di dunia ini ramai seperti Mubarak. Meski pun dia selalu dihina dan dicaci, namun dia masih mampu tersenyum disebalik tangisannya. Betapa sebaknya hati jika difikirkan semula penderitaan yang Mubarak alami sepanjang hidupnya yang penuh dengan duri yang beracun dalam kehidupan sehariannya.  Mubarak suka berdamping dengan kawan-kawannya. Hanya sahabatnya sahaja yang mampu membuatkan Mubarak terus tabah meneruskan semuanya. 

Mubarak sangat sukar difahami, tetapi, jika sudah rapat dengannya, sudah pasti akan tahu setiap perkara yang dilakukan beliau setiap hari. Kerana Mubarak seorang yang sangat statik dan konsisten. Semua tidak pernah berubah dan semua yang dilakukan sempurna sepenuhnya.
Sehingga la pada bula Jun 2011, Mubarak bertuah kerana beliau dapat melanjutkan pegajian beliau di Politeknik Premier Ungku Omar di Ipoh. 

Ia merupakan satu pegalaman yang amat bermakna untuk Mubarak. Inilah kali pertama beliau terpaksa berpisah dengan ibu yang disayaginya. Meskipu hidup beliau di Ipoh sunyi, namun rakan-rakan menjadi tempat untuk beliau bermanja da bercerita. Hari-hari Mubarak terkenang akan ibunya yang jauh di Negeri Sembilan sana. Namun, Mubarak telah berikrar dan ingin menebus semula kesilapan yang lalu dengan membawa pulang segulung diploma dalam bidang teknologi maklumat iaitu dalam bidang rangkaian. Para sahabat yang memberikan inspirasi kepada Mubarak dalam pembelajaran. Dan kini, Mubarak selalu kelihatan rajin, tekun dalam menuntut ilmu. Meski persaingan sekeliling yang sengit, namun beliau tetap berusaha dengan tekun dan ingin berjaya untuk melihat senyuma terukir diwajah ibuya dengan hasil kejayaannya.



“ Finish every day and be done with it. You have done what you could; some blunders and absurdities no doubt crept in; forget them as soon as you can. Tomorrow is a new day; you shall begin it serenely and with too high a spirit to be encumbered with your old nonsense.. ”

Mubarak Abu Mansor




Sunday, 19 February 2012

Mungkin, Dia Yang Terakhir Di Hatiku

Masa tu dari Ipoh heading to Gemas.. God, malam 18 February tu aku tak tahu nak kata apa dah.. sebab budak rumah aku ade buat hal, sedeyh kot aku percayakan dia sepenuhnya.. hmm.. nyway kat sini malas nak cakap bebanyak pasal dia.. lain post aku citer pasal dia.. masa tu, aku balik take bus 10AM naik bas biasa, PlusLiner.. sampai je dekat Pudu Sentral tu, dalam pukul 12 lebeyh something dah sampai la.. then nak tukar bas dekat TBS kene la aku amik tren shuttle g sana.. ponek den! masa tengah tunggu tren tu, ade sorang lelaki ni lalu depan aku.. pandang aku dari atas bawah.. then dia berdiri belakang aku tunggu tren.. aku mula-mula tak kenal dia siapa.. 
**dalam ati : perghh! hensem siakk!

then tren pon sampai, aku pun naik la.. aku tak nampak lak tren tu sign dia nak ke Ampang.. aku melulu lah naik.. al-maklum la.. gayat naik tren, dah lama tak naik terus lupa.. then lelaki yang ni tadi pun naik tren yang sama macam aku.. ingatkan dia dari utara nak balik KL.. aku ingat dia study dekat area KL je la kot.. then, sampai je stesen pertukaran kat Chan Sow Lin tu, aku turun la nak tukar tren g sri petaling.. dia pun turun gak.. hati aku, motif mamat ni nak mengekor? haha.. then dia mula tegur aku.. 

Dia : "eh, kau ni Mubarak Abu Mansor kan? kau kenal aku tak?"
Aku : "jap, kau siapa ea? aku tak kenal.."
Dia : "ala, aku kawan dalam Facebook kau, aku P***.. takkan tak kenal aku?"
Aku : sambil belek BB search friendlist, "owhkey, aku kenal kau..kau nak balik mana?"
Dia : "aku nak balik UTM dah.. tak sangka dapat jumpa kau kat sini.. dah lama kita kenal kot.."

*************************************************************************************************************

then, lunch together dekat TBS sambil tunggu bas memasing nak balik arah selatan.. rupanya dia tengah cuti mid sem masa tu.. aku lak baru nak cuti.. start dari hari tu, teringat muka dia je.. tak tahu la, sekian lama tertutup pintu hati, takut jugak nak bukak.. but, biarlah Allah yang menentukan segalanya.. semoga dia baik-baik saja, study rerajin okey.. :)

Wednesday, 20 April 2011

Definisi Dendam Dan Kemarahan

kemarahan/dendam
Marah itu sebenarnya ialah secebis api yang bersumber dari api Allah yang bernyala-nyala, yang panasnya naik ke pangkal hati, dan api itu bersemadi pula di dalam lubuk hati hingga berbara, kemudian diselaputi oleh abunya. Daripadanya terpancar sifat congkak yang terpendam di dalam hati setiap orang yang sombong dan bongkak, seperti terpancarnya api dari batu yang bergesek dengan besi.

Orang yang melihat dengan nurul-yaqin (cahaya keyakinan) dapat menyingkap, bahawa dari manusia itu telah ditarik sepotong urat, berkontek dengan syaitan yang terkutuk, apabila api kemarahannya mula berkobar-kobar, maka kontek itu menjadi kukuh, sebagaimana pernah diucapkan oleh syaitan sendiri dan diceritakan oleh al-Quran:


"Engkau (tuhan) telah menciptakan aku dari api, dan engkau ciptakan ia (manusia) dari tanah." (al-A'raf: 12)


Bukankah sifat tanah itu sentiasa bertenang dan tetap manakala sifat api pula bernyala-nyala, menyerang, berkobar-kobar dan bergejolak.

Kemudian timbul dari sifat marah itu perasaan-perasaan yang lain; iaitu dendam, hasad dan dengki, dan menerusi sifat-sifat inilah telah banyak orang yang binasa dan banyak juga orang yang rosak. Pokok segala kebinasaan dan kerosakan itu, bersebab dari segumpal daging (hati), jika daging itu dijaga dengan baik, baik pulalah seluruh tubuh.

Jika sekiranya kita telah mengetahui, bahawa sifat-sifat dendam, dengki dan marah itu di antara sifat-sifat yang menarik manusia kepada sebab-sebab kemusnahan dan kecelakaan, maka alangkah perlunya manusia itu untuk mengetahui sebab-sebab pendorongnya atau punca-punca perosaknya, agar ia dapat menghindarkan diri daripada bahaya-bahaya itu, dan agar ia dapat berhati-hati dan menjauhkannya dari hati dengan seberapa yang boleh.


Kecelaan sifat marah

Allah s.w.t berfirman:

"Perhatikanlah ketika Allah menimbulkan dalam hati orang-orang yang tidak beriman kepadaNya itu, perasaan sombong; iaitu sifat sombong zaman jahiliah, lalu Allah menurunkan pula ketenananganNya ke atasa RasulNya dan ke atas kaum Mu'minin." (al-Fath: 26)

Ayat ini telah mencela kaum Musyrikin atau orang-orang yang tidak beriman dengan Allah Ta'ala, disebabkan mereka telah melahirkan perasaan sombong yang timbul dari sebab marah terhadap yang hak dan membela yang batil. Begitu pula ia telah memuji juga kaum Mu'minin, atau orang-orang yang beriman dengan Allah s.w.t., disebabkan sikap mereka yang menerima yang hak, lalu diturunkan ke atas mereka perasaan tenang.

Diriwayatkan ada seorang telah mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil memohon supaya baginda mewasiatkan sesuatu wasiat yang pendek dan sedikit saja. Maka baginda bersabda kepadanya: Jangan marah! Diulangi permintaannya lagi maka bagina sekali lagi: Jangan marah!

Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat: Apakah yang kamu dapat fahamkan tentang maksud bergelut? Kata para sahabat: Penggusti yang tidak dapat ditumbangkan dalam pergelutannya.

Sabda baginda; Bukan itu yang aku maksudkan. Tetapi orang yang bergelut itu ialah orang yang dapat menahan dirinya, ketika dalam kemuncak kemarahannya.

Berkata Ja'far r.a.: Kemarahan itu kunci segala kecelakaan.

Setengah para sahabat berkata; Pokok dan pangkal sifat bodoh itu, ialah degil dan pemimpinnya ialah marah.

Barangsiapa yang meredhakan dirinya dengan kejahilan, tidaklah perlu lagi baginya sifat toleransi. Toleransi adalah sifat yang baik dan banyak mendatangkan manfaat. Sedang kejahilan pula adalah sifat yang buruk dan mendatangkan banyak mudharat. Berdiam diri atau tidak melayani pertanyaan seorang yang bodoh adalah jawabnya.

Berkata al-Hasan pula: Di antara tanda-tanda seorang Muslim yang sejati, ialah teguh agama, lemah-lembut kelakuan, penuh iman dan yakin, berilmu pengetahuan dan bertoleransi, pandai menjaga kepentingan dan berbelas kasihan, selalu memberi dengan hak, tidak boros meskipun kaya, murah hati meskipun miskin, berbuat baik walaupun berkuasa, menanggung jerih-perih bersama kawan-kawan, bersabar walaupun susah, tiada dikuasai oleh kemarahan, tiada selalu menurutkan perasaan, tiada dipengaruhi oleh syahwat dan nafsu, tiada dimalukan oleh kebatinan, tiada mementingkan keinginan, tiada terhad niat baik, sering menolong orang yang teraniaya, mengasihani orang yang lemah, tidak kikir dan tidak boros, tidak berbelanja berlebihan-lebihan dan tidak mengenggam tangan, bersedia mengamuni orang yang menganiayai, suka memaafkan oarng bodoh, biarlah dirinya berada di dalam kepayahan asalkan semua orang berada di dalam kesenangan.


Tingkatkan manusia ketika marah

Ketahuilah bahawasanya keganasan marah itu berpunca dari hati. Maknanya darah yang berada di dalam hati sedang menggelegak, lalu darah itu pun mengalir ke dalam urat-urat badan, dan terus memuncak tinggi ke anggota badan yang teratas sekali, sebagaimana api dan air memuncak tinggi ketika makanan mendidih di dalam periuk. Oleh kerana itu bila marah mula memuncak kelihatanlah darah manusia itu menyerap ke muka, sehingga wajah dan mata menjadi merah padam, dan kulit pula kerana kejernihannya, dapat menampakkan warna air yang di dalamnya.

Manusia dalam menghadapi keganasan marah terbahagi kepada tiga bahagian:

  1. ketiadaan sifat marah
  2. keterlampauan sifat marah
  3. pertengahan antara marah dan tidak marah


Ketiadaan sifat marah

Orang yang tiada bersifat pemarah, ataupun yang lemah sifat kemarahannya itu tercela. Itulah orang yang dikatakan tidak mempunyai sifat cemburu pada diri Allah s.w.t. telah mensifatkan para sahabat Nabi s.a.w. dengan terkadang-kadang bersifat keras dan berperasaan cemburu atas diri seperti firman Allah ta'ala:

"Mereka itu bersikap keras terhadap orang-orang kafir."

Allah telah berfirman ke atas NabiNya s.a.w.:

"Perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka." (at-Tahrim:9)

Yang dikatakan bersikap keras dan tegas itu adalah bersumber dari adanya tanda-tanda kekuatan cemburu dalam diri, iaitu yang menyebabkan sifat marah.


Keterlampauan sifat marah

Yang dikatakan keterlampauan dalam marah itu, ialah bila sifat marah itu tidak dapat dikuasai lagi, sehingga ia terkeluar dari batas pertimbangan akal dan agama dan kepatuhannya. Orang yang bersikap seperti itu, tentulah tidak lagi mempunyai bashirah atau matahati yang dipandang dengannya, atau pemikiran untuk menimbang dengan akalnya dan ia tidak pilihan lagi, melainkan seperti seorang yang terpaksa saja.

Di antara tanda-tanda marah pada lahirnya ialah berubah warna kulit, menggeletar kaki tangan, kelakuan tidak menurut ketertiban dan ketentuan yang biasa, gerak-geri tidak menentu arah lagi, percakapan bercampur suara marah keluar dari rahangnya, mata merah padam, lubang hidung kembang kuncup, batang tubuh berupah rupa. Andaikata si pemarah ketika sedang marah dapat mengesan betapa buruk sifatnya pada masa itu, nescaya ia akan melenyapkan kemarahannya serta-merta, kerana sangat malu melihat keburukan sifatnya dan perubahan bentuk dan rupanya pada ketika itu. Ini hanya pada sifat lahiriahnya saja, dan sifat batinya tentulah lebih buruk lagi dari sifat lahirnya, kerana sifat lahir menunjukkan kepada sifat batin. Yang lazimnya bila rosak, rosak dululah sifat batin, lalu kerosakan itu berjangkit pada sifat lahir pula. Oleh itu dikatakan kerosakan pada lahir adalah pertanda adanya kerosakan pada batin. Bandingkanlah pohon dengan buahnya. Beginilah kesan-kesan atau tanda-tanda sifat terlampau marah itu pada tubuh badan.

Adapun kesan-kesan atau tanda-tanda kemarahan yang terdapat pada lidah, umpamanya kelancangan lidah ketika menyebutkan caci-maki, dan kata-kata yang terkeji dalam percakapan, yang apabila didengar oleh orang yang waras fikiran, nescaya ia akan merasa malu dan segan, dan kalau diceritakan semula kepada orang yang mengucapkannya setelah hilang marahnya, tentu sekali ia juga akan merasa malu dan menyesal atas kelakuannya itu. Sebab ketika ia marah tadi, percakapannya kelam-kabut dan tidak teratur, sehingga semua perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya itu tidak menerima pertimbangan akal fikiran yang waras dan wajar.

Tentang kesan-kesan marah dan alamat-alamatya pada anggota, ialah suka memukul, menyerang, menghancurkan harta benda, melukai bahkan membunuh sekalipun, jika berkuasa melakukan seperti itu. Malah ada kalanya ia sampai menganiaya diri sendiri, mengoyak-ngoyakkan pakaiannya, memukul-mukul dirinya, atau terkadang-kadang ia memukul-mukul tanah. Biasa juga orang yang berkelakuan begini diserang oleh perasaan tidak sedarkan diri, sehingga semua tindakanya itu seperti tidakan orang tak siuman atau hilang akal. Orang yang dalam keadaan begini, tidak mustahil akan merosakkan harta benda, menganiaya binatang, memecahkan pinggan-mangkuk, ataupun sampai memaki-maki binatang. Tidaklah hairan pula, jika binatang itu menendangnya, ia akan menendang balik binatang itu. Jelaslah ketika itu, ia akan bersikap seperti orang gila.

Adapun kesan-kesan dan tanda-tandanya pada hati pula, ialah lahirnya sifat-sifat dendam dan dengki, memendamkan niat jahat terhadap orang lain, suka bersifat dengan segala sifat-sifat yang dicela dan dikeji. Ia tidak senang apabila melihat orang bergembira. Ia tidak segan untuk membocorkan rahsia orang. Ia suka melanggar penghormatan orang dan mengejek-ejeknya. Pendek kata semua sifat-sifat yang buruk itu akan dilengkapinya di dalam dirinya.

Demikianlah hasil sifat marah yang berlebih-lebihan atau yang melampaui batas.

Manakala hasil sifat marah yang lemah, ialah ketiadaan harga diri sama sekali untuk menentang sesuatu yang menggangu kehormatan peribadi dan kehormatan isteri. Ia bersifat acuh tak acuh saja, ketika peribadinya dihinakankan oleh orang-orang yang rendah budinya. Ia merasakan dirinya terlalu kecil dan rendah untuk mempertahankan peribadinya dari kecaman orang lain. Ini juga termasuk sifat yang tercela, sebab ia menelurkan sikap tidak cemburu ke atas kehormatan diri dan keluarga, padahal melindunginya dari pencabulan adalah wajib.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Sesungguhnya Sa'ad orang yang cemburu, dan saya lebih cemburu dari Sa'ad, manakala Allah pula lebih cemburu dari saya."

Sifat cemburu itu dijadikan semata-mata kerana memelihara keturunan. Andaikata manusia amat bersenang-senang dalam soal cemburu ini, nescaya keturunannya akan bercampur aduk dan tidak terpelihara. Sebab itu ada pepatah mengatakan: Setiap ummat yang menentukan sifat cemburu pada kaum lelakinya, nescaya terpeliharalah kaum wanitanya. Dari sebab lemahnya sifat marah, akan timbul pula sifat suka menganiaya diri, serta mendiamkan diri apabila menyaksikan berbagai-bagai kemungkaran yang dilakukan. Allah s.w.t. telah berfirman:

"Dan jangan kamu semua merasa belas kasihan terhadap kedua penzina itu dalam menjalankan agama (hukuman) Allah."

Tegasnya, ketiadaan sifat marah dalam diri adalah tercela. Tetapi yang baiknya adalah sifat marah yang terpimpin oleh pertimbangan akal dan perintak agama. Adakalanya marah itu perlu dan adakala penyantun pula yang perlu, tetapi sebaik-baiknya mengendalikan kedua-dua sifat marah dan penyantun itu menurut batas pertengahan, kalau marah jangan berlebih-lebihan, dan kalau penyantun pun jangan sampai melampaui batas. Biarlah yang dilakukan itu pertengahan, seperti yang dianjurkan oleh Allah s.w.t. ke atas sekalian hamba-hambaNya; iaitu cara tengah yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam salah sebuah sabdanya:

"Sebaik-baik perkara ialah yang pertengahan."


Melenyapkan marah dengan latihan diri

Ketahuilah selagi manusia tetap bersifat suka dan benci sesuatu, maka ia tidak terlepas dari sifat jengkel dan marah, sebab kedua-dua sifat itu menjadi sebahagian dari tabiat semula jadi manusia. Akan tetapi latihan diri itu perlu juga dijaga untuk menghapuskan keganasan marah itu; iaitu dengan jalan perjuangan dan memaksa diri dengan sifat penyantuan dan penanggungan seketika waktu, sehingga semua sifat-sifat itu menjadi kebiasaan dan kelakuan yang kekal dalam diri.

Dengan latihan-latihan di atas itu saja tidak boleh sama sekali menghapuskan kemarahan hati, kerana yang demikian itu memang tidak mungkin. Tetapi tujuannya ialah untuk memimpinnya ke batas yang dianjurkan oleh syara' dan dipandang baik oleh akal fikiran. Caranya ialah dengan mematahkan gejolaknya dan melemahkannya, sehingga api kemarahan itu tidak menyala-nyala di dalam batinnya. Perbuatan itu diteruskan sehingga kesan-kesannya tiada lagi kelihatan di wajah.

Adakalanya kemarahan seseorang itu dapat dilenyapkan dengan mengalihkan pemikirannya kepada pentauhidan Zat Allah Ta'ala, ataupun mengingatkan dirinya bahawa Allah s.w.t. menginginkannya supaya ia tidak marah. Mungkin pengaruh cintanya kepada Allah Ta'ala itu dapat menolong memadamkan api kemarahannya, ataupun mengalihkan perhatian hati kepada perkara yang lebih penting daripada kemarahan itu. Ketika itu hatinya tidak ada tempat lagi untuk menyimpan marah, sebab ia telah dikuasi oleh urusan lain yang lebih penting. Apabila hati sedang sibuk dengan perkara-perkara yang penting, tentulah ia akan menyisihkan ke samping perkara-perkara yang kurang penting.


Sebab-sebab kemarahan

Anda telah mengetahui, bahawa ubat segala penyakit mestilah dengan memotong pangkalnya dan melenyapkan sebab-sebabbya. Dengan hal yang demikian, maka anda mestilah mengetahui sebab dan punca timbulnya kemarahan itu terlebih dulu. Sebab-sebab yang membangkitkan kemarahan itu, ialah meninggi diri, ujub dan bangga, senda gurau, omong kosong, mengejek-ejek, mencela, berbantah-bantah, berlawan-lawan, berkhianat, kemahuan yang tak terbatas pada mencari wang dan menuntut kedudukan; semua sifat-sifat ini merupakan perilaku-perilaku yang tercela di dalam syariat Islam. Seseorang itu tidak mungkin terlepas dari sifat marah, selagi semua sifat-sifat ini masih kekal di dalam dirinya. Maka sayugialah, ia bersungguh-sungguh untuk menghapuskan segala sifat-sifat ini dengan sifat-sifat lawannya.

Hendaklah menyirnakan sifat membesar diri dengan merendah diri, menyirnakan sifat ujub dan bangga diri dengan mengenal diri sendiri, menyimpan sifat memuji diri dengan mengingati diri bahawa ia adalah dari jenis makhluk yang sangat rendah, yang bersatu keturunan dengan bapa yang satu, iaitu Adam a.s. Seterusnya untuk menyirnakan sifat megah diri pula, ialah dengan mengerjakan seberapa banyak kebajikan dan kebaikan dan hendaklah ia menyakini bahawa sifat megah diri atau bangga diri itu, adalah termasuk sifat-sifat yang amat tercela.

Adalah sifat senda gurauan itu, dapat disirnakan dengan menyibukkan diri dengan urusan-urusan agama yang penting, sehingga mengambil masa yang lanjut dari umur, ataypun lebih dari itu. Sifat suka beromong kosong dapat disirnakan dengan melakukan pekerjaan-pekerjaan yang berguna yang mendatangkan feadah, seperti mencari kelebihan-kelebihan hidup, mendidik diri dengan akhlak dan budi pekerti yang terpuji, dan menlengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan agama yang boleh menyampaikan kepada kebahagiaan akhirat.

Seterusnya untuk menyirnakan sifat mengejek-ejek itu, dengan mengekang diri dari berbuat sesuatu yang boleh menyakiti orang lain, dan memeliharanya dari apa saja yang boleh menyebabkan orang lain mengejek balik. Sifat suka mencela orang lain dapat disirnakan dengan sentiasa menahan diri dari segala kaata-kaata yang tidak senonoh, dan memeliharanya juga dari menjawab orang lain dengan kata-kata pedas.

Adapun sifat suka mementingkan diri sendiri, dapat disirnakan dengan banyak-banyak sabar ke atas kepahitan hidup, dan selalu bersyukur terhadap apa yang telah ditakdirkan oleh Allah sekadar yang termampu, untuk menjaga kemulian diri dari suka meminta-minta dan mengangkatnya dari kehinaan keperluan yang tidak ada batasnya.

Setiap perilaku dari perilaku-perilaku ini, dan setiap sifat dari sifat-sifat ini, memerlukan pengikisan dan pengubatan melalui jalan latihan dan penanggungan terhadap semua percubaannya. Tujuan menjalankan latihan seumpama ini, ialah untuk mengetahui kebencanaan sifat-sifatnya, agar jiwa merasa tidak senang kepadanya, dan melarikan diri dari segala keburukan-keburukan sifat-sifat tersebut. Kemudian membiasakan diri bersifat dengan sifat-sifat lawannya setakat jangka masa yang panjang pula, sehingga dengan kebiasaan itu dapat diterapkan kepada jiwa sifat-sifat yanfg baru itu, manakala jiwa pun tidak merasa berat untuk menerimanya setelah sifat-sifat itu menjadi kebiasaannya.

Apabila sifat buruk dan tercela itu telah disirnakan dari jiwa dan dihapuskan sama sekali, maka ketika itu jiwa akan suci murni, bersih dari segala sifat-sifat keji, dan barulah ia akan terselamat dari angkara sifat marah yang mencetuskan segala sifat-sifat yang tak baik itu.

Sementara itu punca utama yang menimbulkan sifat marah pada golongan orang yang bodoh dan jahil itu, ialah anggapan mereka bahawa sifat marah itu adalah semacam keberanian, ketangkasan dan kemuliaan diri. Sebab itulah, maka jiwa orang-orang ini tertarik kepada sifat marah, dan menganggapnya suatu sifat yang baik, Anggapan ini adalah suatu kebodohan dan kejahilan dala diri, maka suatu penyakit dalam hati dan kurang pentimbangan dalam akal fikiran.

Untuk mengubati penyakit orang-orang bodoh ini, ialah dengan mendengarkan kepada mereka cerita-cerita para ahli penyantun dan pemaaf, dan menunjukkan kepada mereka bagaimana orang-orang itu memilih cara menahan diri dari marah. Cara beginilah yang merupakan sebaik-baik cara, sebab telah dipraktikkan oleh para Nabi dan para ulama yang terdahulu.


Bagaimana mengubati kemarahan yang sedang bergejolak

Apa yang dihuraikan pada lembaran-lembaran yang lalu, ialah bagaimana caranya hendak melenyapkan pangkal kemarahan dan menghapuskan sebab-sebabnya, supaya ia tiada terus bergejolak. Tetapi jika ini tiada berjaya, malah sebab-sebab kemarahan itu hidup juga, maka ketika itu hendakkah menetapkan diri supaya orang yang dihinggapi penyakit ini, tiada sampai terpaksa melakukan sesuatu menurut wajah yang tercela. Sayugialah ia menyegerakan pengubatan kemarahannya itu, dalam seketika bernyala-nyalanya, dengan pati dan inti ilmu pengetahuan dan amalan.

Untuk mengubati penyakit marah menerusi ilmu pengetahuan, ada beberapa caranya, iaitu:

Pertama: Hendaklah anda cuba mengingatkan kembali segala anjuran-anjuran yang ditunjuk oleh syariat dalam keutamaan dan kelebihan sifat-sifat menahan marah, pemaaf, penyantun dan menanggung perilaku buruk. Dengan jalan itu jiwa anda akan inginkan pahala yang dijanjikan kerana menolak kemarahan itu, lalu anda akan menentang keinginan diri untuk membalas dendam, maka dengan itu perasaan marah anda akan terhapus dari dalam diri.

Kedua: Hendaklah anda ingat tentang ancaman Allah Ta'ala dan siksaanNya, andaikata diteruskan juga sifat marah anda itu. Anda harus merenung pula, apakah anda boleh terselamat dari kemurkaan Allah Ta'ala pada Hari Kiamat kelak, meskipun ketika itu anda sangat memerlukan kepada  pengampunan dan kemaafan Allah Ta'ala.

Ketiga: Hendaklah anda ingat akan akibat permusuhan dan pembalasan dendam lawan anda, kelak sudah barang tentu ia akan berusaha untuk menceroboh kehormatan diri anda. Ia akan cuba menjaja segala keburukan anda. Ia akan merasa suka, bila anda tertimpa sesuatu bencana, sedangkan anda sendiri tentu sekali tidak sunyi dari berbagai-bagai keburukan dan kecelaan diri. Dengan yang demikian, anda akan merasakan keburukan akibat marah itu di dunia, kiranya anda masih tidak mengendahkan akan akibat dosanya di akhirat.

Keempat: Hendaklah anda gambarkan bertapa buruknya rupa anda kelak bila anda marah, iaitu dengan mengingat rupa orang lain ketika dalam dalam kemarahan. Bayangkanlah rupa anda yang buruk ketika itu, dengan rupa sahabat ada yang diumpamakan seperti anjing galak yang hendak menerkam, atau seekor binatang buas yang mengganas. Kemudian bayangkanlah pula seorang penyantun yang bertenang saja, yang tidak suka marah-marah, yang menurut perilaku para Nabi, para wali, para alim ulama dan orang-orang yang bijaksana. Pilihlah antara dua perilaku itu, mana yang lebih sesuai bagimu? Menyerupakan dirimu dengan perilaku anjing-anjing, binatang-binatang buas dan orang-orang yang tercela kelakuannya? Ataupun menyerupakan dengan perilaku para Nabi dan alim ulama dalam adat kebiasaannya, supaya jiwa anda kelak tertarik kepada perjalanan hidup mereka itu, itu pun jika ada lagi padamu sedikit otak yang boleh memikirkan baik buruknya kedua-dua perilaku tadi.

Kelima: Hendaklah anda fikirkan apa sebabnya anda ingin membalas dendam? Dan apa pula sebabnya anda tidak dapat menahan diri dari kemarahan itu? Mungkin juga syaitan membisikkan di telinga anda, bahawa sikap itu akan menunjukkan kelemahan dan kehinaan diri, dan anda akan kelihatan rendah di mata orang ramai. Ketika itu hendakkah anda menjawabnya dengan berkata: Wahai nafsu! Anih sekali engkau ini. Engkau tak sanggup menahan penghinaan sekarang. Apakah engkau lebih sanggup menahan penghinaan di Hari Kiamat kelak? Apakah engkau tidak bimbang, kelak di sana engkau akan dihinadinakan di hadapan Allah, para Malaikat dan pada NabiNya?

Apabila anda menahan kemarahan, maka hendaklah anda menahannya semata-mata kerana Allah. Anda menahannya juga kerana ia seperkara yang dipandang berat di sisi Allah. Jangan sampai anda terpengaruh dengan kata-kata orang, ataupun menahan kemarahan itu dengan sesuatu sebab keduniaan

Adapun cara memadamkan api kemarahan menerusi amalan, iaitu hendaklah anda mengucap Ta'awwudz dengan lidahmu begini: A'uudzu billaahi minash-shaithaanir-rajiim (Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk). Apabila kemarahan itu muncul ketika anda sedang berdiri, maka hendaklah anda segera duduk: jika sedang duduk, maka hendaklah anda baring. Orang yang sedang dalam kemarahan, sunnat baginya mengambil wudhu' (air sembahyang) dengan air yang dingin, kerana kemarahan itu berpunca dari api, manakala api itu pula tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.


Keutamaan menahan diri dari kemarahan

Allah s.w.t. telah berfirman: 

"Bersegeralah bermohon keampunan kepada Tuhan kamu, dan (memohon) syurga yang luasnya meliputi langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa; iaitu mereka yang membelanjakan hartanya dalam keadaan senang dan susah, dan mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang, dan Allah amat mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." (ali-Imran: 133-134)

Ayat tersebut di atas telah membuktikan kepada kita, bahawa orang yang menahan kemarahannya termasuk dalam golongan muttaqin; iaitu orang-orang yang bertaqwa kepada Allah Ta'ala. Tambahan pula, bahawasanya Allah Ta'ala akan memberikan pengampuananNya kepada mereka, lalu menyediakan bagi mereka balasan syurga. Alangkah besar dan hebatnya balasan itu!

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Barangsiapa menahan kemarahannya, nescaya Allah akan menahan siksaNya terhadap orang itu. Barangsiapa mengemukakan keuzurannya kepada Allah, nescaya Allah akan menerima keuzurannya itu, dan barangsiapa menyimpan lisannya, nescaya Allah akan menutup segala keburukannya."

Bersabda Rasulullah s.a.w. lagi:

"Orang yang paling gagah di antara kamu, ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya semasa marah. Dan orang yang paling penyantun pula, ialah orang yang memberikan maaf, sedangkan ia berkuasa untuk membalas."

Sekali peristiwa Khalifah Umar Ibnul-Khattab r.a. telah didatangi oleh seorang dusun yang berwatak kasar, lalu berkata kepadanya: Wahai Umar! Demi Allah, engkau tidak berlaku adil dalam pemerintahanmu dan tidak memberikan secukupnya kepada kami. Mendengar itu, maka menjadi marahlah Khalifah Umar, hingga kemarahan itu ketara pada wajahnya. Tiba-tiba salah seorang para hadirin telah menyampuk dan berkata: Wahai Amirul Mu'minin! Bersabarlah. Tidakkah tuan mendengar firman Allah Ta'ala:

"Ambillah sikap pemaaf san suruhlah orang berbuat yang baik-baik, dan jangan mengendahkan orang-orang yang bodoh itu." (al-A'raf:199)

Mendengar peringatan orang itu, Khalifah Umar pun bertenang semula, dan beliau memaafkan si penuduh itu.


Keutamaan sifat penyantun

Ketahui bahawasanya sifat penyantun itu adalah lebih utama dari sifat menahan marah, sebab menahan kemarahan itu diumpamakan sebagai perbuatan sementara dari sifat penyantun, yakni memaksa diri untuk bersifat penyantun ketika sedang marah. Sedangkan menahan kemarahan itu tidak perlu, melainkan bagi orang yang sedang berkobar-kobar kemarahannya. Kemudian untuk melenyapkan kemarahan itu, perlu pula kepada perjuangan yang sungguh-sungguh, tetapi tentulah tidak dikhuatiri lagi bahawa kemarahan ity berkobar-kobar lagi, andaikata kemarahan itu berkobar-kobar juga tidaklah menjadi sukar lagi untuk memadamkannya. Itulah yang dikatakan penyantun tab'I yang telah menjadi sifat yang utama dan terpuji.

Tegasnya penyantun itu adalah tanda-tanda kesempurnaan akal fikiran dan penguasaanya terhadap keinginan hawa nafsu yang dapat mematahkan segala kekuatan dan kegejolakan sifat marah dalam diri, serta menundukkannya menurut pertimbangan akal fikiran. Tetapi pada mulanya mestilah dicuba dengan menyantunkan diri dan menahankan kemarahan secara paksaan, sehingga akhirnya perbuatan itu menjadi suatu kebiasaan.

Dalam sebuah Hadis, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Hanyasanya ilmu pengetahuan itu didapati dengan belajar, dan sifat penyantun didapati dengan bersopan santun"

Hadis itu menunjukkan kepada kita, bahawasanya untuk melengkapkan diri dengan sifat penyantun itu, mestilah mula-mula dibiasakan diri dengan sifat itu secara paksaan, sebagaimana kalau hendak mendapatkan ilmu pengetahuan pula, mestilah dengan memaksakan diri supaya tekun belajar.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu akan mencapai darjat orang yang berpuasa (pada siand hari) dan beribadat (pada malam hari) menerusi sifat penyantun."

Al-Hasan, ketika memberikan komennya terhadap ayat berikut berkata:

"Dan apabila orang-orang bodoh itu berkata kepada mereka, nescaya dijawabnya: Selamat sejahtera." (al-Furqan: 63)

Ia berkata: Maksudnya orang-orang itu bersifat penyantun, mereka tidak ingin membalas orang-orang bodoh itu dengan cara yang setimpal, seperti yang diperlakukan kepada diri mereka.

Dari Mujahid, ketika memberikan komennya terhadap ayat berikut pula:

"Dan apabila mereka melalui di hadapan orang-orang yang beromong kosong itu, mereka berlalu secara hormat (tidak pedulikan mereka itu)" (al-Furqan: 72)

Kata Mujahid: Maksudnya apabila mereka disakiti dan dianiayai, nescaya mereka memaafkan saja. Ini juga termasuk sifat penyantun.

Dari Ali bin Abu Talib r.a., katanya: Bukanlah kebaikan itu bila harta kekayaamu bertimbun-timbun dan anak pinakmu bersusun-susun, bahkan kebaikan itu ialah bila ilmu pengetahuanmu bertambah, sifat penyantunmu sikenang orang, dan anda tidak menunjuk-nunjuk kepada orang ramai mengenai ibadatmu kepada Allah, dan bila anda berbuat baik, anda sentiasa bersyukur kepada Allah, tetapi bila anda berbuat jahat, segera anda bertaubat dan meminta ampun kepadaNya.

Aktsam pula berkata: Tonggaknya akal ialah sifat penyantun, dan pokok segala perkara ialah sabar.

Berkata Mu'awiyah: Seseorang manusia tidak akan mencapai puncak pemikiran, melainkan sesudah penyantuannya mengalahkan kebodohannya, dan kesabarannya mengatasi keinginan syahwatnya, dan tidak akan tercapai semua itu, melainkan dengan kekuatan dan pengetahuan.

Bertanya Mu'awiyah kepada Amru Ibnul-Ahtam: Orang yang bagaimanakah yang dikata pemberani? Amru menjawab: Sesiapa yang dapat mengalahkan kebodohannya dengan penyantunannya. Kemudian Mu'awiyah bertanya lagi: Orang yang macam manakah yang dikatakan paling pemurah? Jawabnya: Orang yang membelanjakan kekayaan dunianya untuk maslahat akhiratnya.

Mu'awiyah pernah bertanya kepada Irabah: Dengan cara apakah engkau dapat mengetahui kaummu itu? Jawabnya: Saya sering bersikap penyantun terhadap orang yang bodoh di antara mereka dan memberi setiap permintaan mereka dan berusaha untuk menunaikan segala hajat keperluan mereka. Barangsiapa yang melakukan seperti yang saya lakukan, maka ia pun samalah seperti saya, malah barangsiapa dapat melebihi saya, tentulah ia menjadi lebih utama dari saya. Tetapi jika ia melakukan kurang dari saya, maka saya lebih baik daripadanya.

Berkata Anas bin Malik, ketika memberi keterangan terhadap firman Allah Ta'ala:

"Tolaklah kejahatan itu dengan cara sebaik-baiknya, sehingga orang yang bermusuhan antaramu dengannya akan menjadi seorang kawan yang setia, dan kelakuan seumpama itu tiada dikurniakanNya kepada sesiapa pun, melainkan orang-orang yang bersabar, dan tidak diberikanNya melainkan kepada orang-orang yang bersabar, dan tiada diberikanNya melainkan kepada orang yang mempunyai keberuntungan yang besar." (Fushshilat: 34-35)

Kata Anas: Itulah orang yang bila dicaci-maki oleh saudaranya, lalu ia berkata: Andaikata anda telah berdusta dalam caci-makimu itu, maka mudah-mudahan Allah mengampuni anda. Tetapi jika anda benar dalam ucapanmu itu, maka mudah-mudahan Allah mengampuni saya.

Dari Saiyidina Ali bin al-Hussain radhiallahu-anhuma, pada suatu ketika beliau telah dimaki oleh seorang, maka beliau pun menghadiahkan kepada orang itu sehelai pakaian, dan memberikannya pula sebanyak seribu dirham. Setengah orang yang mendengar cerita itu telah mebuat komen, kata mereka: Telah terkumpul pada peribadi Saiyidina Ali bin al-Hussain itu lima sifat yang terpuji, iaitu:

  1. Penyantun
  2. Melenyapkan sakit hati.
  3. Melepaskan orang itu dari sesuatu yang boleh menjauhkannya daripada Allah azzawajalla.
  4. Menyebabkannya merasa kesal terhadap perbuatannya lalu bertaubat.
  5. Mengubah sikapnya yang mencela tadi kepada sikap memuji pula.

Beliau telah membeli kesemua sifat-sifat yang terpuji ini dengan sesuatu yang tidak terpandang dari harta dunia.


Kadar yang dibolehkan untuk membalas umpatan

Ketahuilah bahawasanya setiap penganiayaan yang ditimbulkan oleh seseorang, tiadalah dibolehkan membalas dengan penganiayaan yang sama. Tidak dibolehkan membalas umpat dengan umpat, intip dengan intip, maki dengan maki



Admin ; aku memang seorang yang kuat marah, tapi kadang kadang manusia tidak mampu mengawal kemarahan nya kerana IBLIS selalu berada disekelilingnya..renungkanlah dan selamat beramal..


SpongeBob SquarePants
 
This blog fully designed by QIELAZMAN| Alright reserved by MUBARAK ABU MANSOR