Welcome To My World.. !

Sunday 27 February 2011

Rahsia Ketenangan Jiwa


DALAM menjalani kehidupan penuh cabaran dan tekanan, tidak dinafikan bahawa aspek kesihatan memainkan peranan penting bagi memastikan seseorang itu tabah dalam meneruskan kehidupan penuh ranjau dan pancaroba ini.

Kesihatan fizikal sememangnya diperlukan bagi menjamin kelangsungan hidup tetapi selain fizikal, aspek lebih penting bagi manusia melepasi satu persatu dugaan mendatang ialah ketahanan mental.
Kete­nangan jiwa dan kemantapan mental menyebabkan manusia mampu mengatasi segala cabaran malah mampu untuk meneruskan hidup secara positif.
Cara untuk tenangkan hati dan memantapkan minda sudah diajar Allah dalam al-Quran dan terbukti sangat berkesan; tonik paling berkesan itu ialah berzikir. Allah s.w.t berfirman:
“Ingatlah, dengan berzikir (mengingati Allah) jiwa kamu akan tenang”.
(Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)
Demikianlah indahnya Islam, agama yang tidak hanya tertumpu kepada ibadat kerohanian semata-mata malah menyeluruh (syumul) dalam semua aspek kehidupan. Malah, tips atau petua menjaga kesihatan juga turut disertakan dalam ajaran Islam.

Ingat Allah hati akan tenang, jarang ingat Allah hati akan kering, gersang serta tandus. Apabila banyak mengingati Allah, akan bertambah iman sehingga hati makin kuat, tidak takut ancaman, tidak gentar dengan musibah dan kekurangan, tidak cemburu dengan kelebihan orang lain serta memiliki sikap positif, mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan Allah.
Petua dan tip kesihatan yang banyak terdapat dalam al-Quran, hadis, sunnah dan kisah sahabat merupakan yang terbaik untuk diamalkan dalam menjalani kehidupan.
Berzikir dapat menguatkan diri kita. Zikir tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah) dan takbir (allahhuakbar); masing-masing 33 kali setiap kali, pada setiap hari.
Diceritakan satu kisah di mana puteri Rasulullah SAW, Fatimah berjumpa baginda dan memberitahu, yang dia memerlukan pembantu rumah. Lantas Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Mahukah aku berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta?” dan ba­ginda memberikan petua bacaan tasbih, tahmid dan takbir.
Kalimah ini sebenarnya menguatkan jasad kita.
Konsep berzikir bukan hanya menyebut nama Allah tetapi meliputi amal ibadat lain seperti bersolat, membaca al-Quran, melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, berbakti dan berkhidmat, mematuhi dan menyantuni, menerima ketentuan dengan reda malah berzikir yang ampuh harus diiringi sabar dan syukur.
Kepentingan amalan kerohanian dalam menjamin kehidupan yang damai dan tenang sememangnya terbukti berkesan dan menjadi amalan wajib ulama muktabar. Imam Nawawi RA misalnya sentiasa mengamalkan zikir dari waktu subuh sehingga duha dan apabila ada pihak bertanya, beliau mengatakan bahawa zikir itu adalah makanan kerohaniannya.
Kesihatan fizikal adalah amat penting, kerana Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Orang mukmin yang kuat (jasmani dan rohaninya) lebih disukai Allah daripada orang mukmin yang lemah.”
Seperti juga petua menjaga kerohanian, Islam turut memberikan tip memantapkan kesihatan fizikal terutama menerusi sunnah Rasulullah seperti ketika berhadapan dengan makanan yang wajar sekali diteladani manusia.
Rasulullah SAW sebagai contoh, baginda makan tidak banyak dan mengamalkan makan apabila benar-benar lapar tetapi berhenti sebelum kenyang. Jika hendak diikutkan logik, pasti tubuh Rasulullah kecil tetapi tubuh baginda besar dan tegap. Ulama mengatakan antara faktornya adalah makanan zikir yang diamalkan Rasulullah menyebabkan tubuh baginda menjadi kuat.

 FAKTA
Tip kesihatan cara Rasulullah
Beribadat malam, selalu bangun sebelum subuh: kesegaran udara awal pagi bagus untuk kesihatan malah menjadi terapi penyakit Tibi. Ia turut memperkuatkan minda dan perasaan.
Rasulullah selalu sentiasa rapi dan bersih, setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, menyikat rambut dan berminyak wangi.
Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang: makanan berlebihan menjadi punca kepada pelbagai penyakit dan melemahkan badan.
Gemar berjalan kaki: Baginda selalu berjalan ke masjid, pasar, medan jihad atau mengunjungi rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori tubuh terbuka dan peredaran darah lancar. Ia mampu mencegah penyakit termasuk jantung.
Tidak marah: Dalam sebuah hadis, seseorang berjumpa Rasulullah dan meminta apa-apa nasihat daripada baginda. Baginda berkata ‘jangan marah’, dan apabila diminta lagi nasihat seterusnya, baginda hanya mengulangi ‘jangan marah’. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan manusia bukanlah terletak pada jasad fizikal semata-mata tapi juga kesihatan jiwa dan mental.
Baginda adalah seorang yang paling sabar, optimis dan gigih: sikap ini akan memberikan impak positif terhadap psikologi manusia.
Antara makanan kegemaran Rasulullah adalah madu: madu terbukti memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan.

Kesabaran..



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksud ayat:-
200 . Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.
Bacaan dalam huruf rumi:-
1. Yaaaa Ayyuhalladziina aamanuszbiruu waszaabiruu waraabithuu wattaqullaha la'a'llakum tuflihuuuun.
(Ayat 200 Surah Al Imran)

Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.

إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِأَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ

Maksud Ayat :-Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : 'Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri".
Bacaan dalam huruf rumi:-
2. Innahuu min sulaimaana wainnahuu bismillaahirrahmaanirrahiiiim. Allaa ta'luu a'layya wa'tuunii muslimiiiin.
(Ayat 30-31 Surah AnNaml)

Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.

Selamat beramal..

Saturday 26 February 2011

McDonald's Store 130# Family

Tedy B tak pernah lupakan kawan-kawan..pada diri aku, kawan-kawan lah yang banyak membantu kita saat kita susah dan senang kita..sama-sama tika saat suka duka, berkongsi masalah dan pengalaman..semuanya pada rakan-rakan..**sometimes ade jugak yang mendatangkan masalah..tapi sebab mereka adalah kawan kita, kitra patut menolong mereka yang membantu yang memerlukan khidmat bantuan kita.. :)

kat sini aku nak share la serba sedikit pasal kawan-kawan aku kat tempat kerja aku..aku kerja kat McDonald's Bangi Utama kat sebelah Warta Plaza, Bangi je..kat sinilah aku mula belajar cara bekerja macam mana, tengok tingkah laku manusia, tengok perangai diorang..dan kat stor ni juga aku dapat mendidik jiwa dan diri aku supaya menjadi manusia yang lebh berdikari dan sistematik..kat sini jugak, aku dapat kawan-kawan yang selalu buat aku tersenyum.terima kasih semua kerana menceriakan hari-hari aku..
pape pun, mereka lah yang TERBAIK untuk saya..

 
ini namanya Anaz, budak ni baik-baik jerp..mula-mula aku masuk aku tak kenal pun, tak rapat sangat pun..tapi lama-lama kiteorang oke, mula bertegur..dia baik orang nya, berbudi bahasa..**ade masa dia selalu kacau aku..sama la dengan budak yang kat bawah ni..sakit jiwe aku.!hehehe..tapi mereka tetap terbaik pada aku..

 
yang ni namanya Ashraf..konon ala-ala Ashraf Muslim la..**kononnyer..kalau aku tak kata dia ensem, dia marahkan aku..adesss..!jadi aku panggil dia gemuk ensem..hahaha..memang sesuai..!

 
ni nama dia Shamsani, but lebih mudah panggil Sham je..

 
dia ni namanya Shafiq, ade masa dia kelakar tau..tapi, kalau aku terinat kat dia, aku suka bayangkan senyuman dia..**menusuk kalbu senyumannya..hahaha..terbayang terbawak ke dalam mimpi..

 
yang ni pula namanya Haziq, mat jambu kat dalam McD tu..dah tu, kontrol aje muka nye..hahaha..**muka nampak je baik, tapi, jaga-jaga sikit..oppsss..!

 
yang ni nama dia Amirah ngan Ariff..diorang ni, tak ubah macam langit ngan bumi je..sorang tinggi lampai, sorang pendek jer..hahaha..tapi, best tau ngan diorang nie..kelakar betul..**kadang-kadang si Ariff datang stor antakan lauk sardin ngan nasi putih untuk Amirah..motif sangat kan?

 
ni Naim..sweet orang nyer..suka bergurau ngan orang and suka buat mata besar..**konon comel la.. :)

 
ni pulak nama dia Huda..ni la manager yang amik aku bekerja..ade masa dia ni oke, ada masa kalau letak cerek isi air, rasanya boleh mendidih kalau letak aas kepala dia.. :)

 
budak ni pulak pantang ditegur..sikit-sikit menangis..malas kadang-kadang aku nak layan..sampai menangis dia aku buat..aku kadang-kadang kesian kat dia, tapi betul la ape yang aku kata..biar la dia sentap, janji dia tahu benda yang baik..

 
yang ni nama dia Aliff..mumu..suka layan dia ni, kadang-kadang dia kelakar..rapat juga dengan aku.. :)

 
ni nama dia Ummie, dengan dia ni aku suka melayan..kadang-kadang, kiteorang suka tukar-tukar pendapat..suka sanagt borak ngan dia..kadang-kadang kalau tak masuk kerja sama time ngan dia, rindu lak kat dia..**tetibe..!

 
Ni nama dia pun Shafiq, tapi orang panggil dia Awe je..orang kelantan kan..hahaha..datang kerja muka ngantuk je..bau tak mandi..**kalau dia baca, mesti dia marah.. :)

 
Ni nama dia Fadhil..dia ni sama la macam si Awe tu..muyka kalau datang keje nampak ngantuk je..dia ni sebaya juga dengan aku..tunggu result.tapi dia ni rajin sikit berbanding Haziq.. :)

 
Ni nama dia Ain Izzatti Arijan..dia ni kuat berleter kadang-kadang, tahan je la telinga aku mendengarnya...

 
yang ni nama dia Faizol, dia ni CT kat McD tu..ade masa dia ni suka ngacau aku..sakit betul ati..tapi aku tak amik ati sangat, sebab aku taudia cuma bergurau ngan aku je..aku faham niat dia nak buat orang happy.. :)

 
ni nama dia Hudda..bukan Huda yang tadi tau..dia ni kalau kene marah, still senyum..suam-suam gitu..huhuhu..kalau bole, aku nak jadi macam dia..selalu je senyum.. :)

 
yang ni nama dia Ezan Ezana..comel kan?masa hari pertama aku kerja, dia la yang ajar aku cara-cara bekerja di McD..hari pertama bekerja, aku hanya dapat kenal dengan dia saja masa tu..rapat jugak la masa tu dengan dia..kalau dia ngan si Faizol tu tak ade timeaku kerja, McD tu rasa macam sunyi betul..huhuhu..

 
ni nama dia Aidil..huhuhu..dia ni agak sengal, gila-gila..tapi, aku ngan dia macam adik ngan abang je..suka gurau-gurau..

ape pun, mereka lah rakan-rakan yang terbaik.. <3


SpongeBob SquarePants
 
This blog fully designed by QIELAZMAN| Alright reserved by MUBARAK ABU MANSOR